TIGA BERADIK

TIGA BERADIK

(Dari kiri), Samsu Alam Abdul Samad, Shahran Abdul Samad dan Nazrul Abdul Samad.

Penangan tiga beradik


BELUM pernah ada pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia menghimpunkan pasangan tiga beradik.

Namun, itulah yang dilalui kem Kuching City FC apabila diperkuatkan tiga beradik iaitu Shahran Abdul Samad (pertahanan tengah/kiri) termasuk dua lagi adiknya iaitu Samsu Alam Abdul Samad (tengah) serta Nazrul Abdul Samad (pertahanan tengah).

Sekali gus, mengimbau kembali zaman kegemilangan pasukan Sarawak yang suatu ketika dahulu pernah menyaksikan kelibat dua beradik iaitu Roslan Ismail dan Busman Ismail.

Di samping pasangan kembar iaitu Ramos Sari dan Ramles Sari.

Jika era pasangan adik-beradik berkenaan berjaya memahat sejarah tersendiri.

Begitu juga keinginan cuba dibayangkan trio dari Bintulu itu. Shahran Abdul Samad, 37 menyatakan, besar keinginannya untuk memastikan pasukan Kuching City FC terus diselubungi kecemerlangan.

Dengan kata lain, cuba memastikan tahun keempat bersama The City Boys diharap dapat menghadir kejayaan diinginkan.

“Semestinya mahu melihat kejayaan dapat diperolehi skuad Kuching City FC musim ini. Itu adalah keinginan saya bersama rakan-rakan,” kata Shahran yang merupakan bekas pemain Sarawak suatu ketika dahulu.

Samsu Alam, 32 pula turut menyimpan keinginan sama sebagai cuba digambarkan abangnya itu (Sahran Abdul Samad).

Menurut Samsu, musim ini segalanya berbeza dan semahunya perbezaan pencapaian mampu diperolehi kelak.

“Walaupun kita tahu saingan kempen Liga Malaysia 2021 belum diketahui tarikh bermulanya. Akan tetapi, kami kini dalam rangka persediaan untuk menghadapi kejohanan berprestij negara itu,” ujarnya yang lebih popular dipanggil ‘Acu’.

Adik kedua-dua pemain terbabit, Nazrul Abdul Samad, 28 pula melihat musim pertama dirinya bersama The City Boys sebagai cabaran yang hebat.

“Saya masih baharu dalam pasukan akan tetapi berbekal pengalaman yang dimiliki ketika menyarung jersi skuad Piala Presiden Sarawak (2013 & 2014) mungkin dapat menjadi penanda aras untuk saya mengharungi cabaran yang ada,” tegas Nazrul.

Share News:
Facebook
Twitter